Monday, December 17, 2012

OMG ! AWAK ?! part 2

Setelah kejadian berlanggaran dengan Izzad dan 'kekasihnya' itu, Iera mula berfikir bahawa dia harus meneruskan kehidupannya dan Izzad hanyalah masa lalunya . 

"Ahh.. buat apa aku nak fikir pasal laki tu . Dia dah pun move on dengan girlfriend yang.. erm.. boleh la tahan. Tetapi apa yang aku tahu aku lagi cantik.hehe.." gumam Iera sendirian di biliknya . 

Hari ini dia akan menghadiri satu temuduga kerana sudah 6 bulan dia menjadi penganggur terhormat dan dia tidak mahu membebankan orang tuanya lagi walaupun dia tahu dia adalah anak yang bongsu . Baginya walaupun dia mempunyai kakak dan abang yang baik,dia tidak boleh terus menerus mengharapkan keluarganya. Dia sudah siap sedia dengan temuduga itu . Iera mengenakan skirt labuh berwarna hitam, berkemeja biru muda dan bertudung hitam . Dengan hanya menggunakan lipstick berwarna soft pink terserlah kecomelannya dan lesung pipit di sebelah kanan menambahkan lagi keceriaan diwajahnya . 

"Okay ! are you ready Iera ?!. Yes ! you can do it !" kata Iera sekadar meyakinkan dirinya. Tangannya pantas mengambil resume dan sijil-sijilnya yang boleh dikatakan cemerlang . Iera turun dari biliknya, kemudian dia bersarapan dan bersalaman dengan ibu dan abahnya . Minta restu orang tua ni berkatnya berganda-ganda tak gitu korang ?! hehe..

"Abah , Iera pinjam kereta abah boleh?! boleh kan..kan..?" kata Iera dengan membuat mukanya yang comel . Ala. comel la sangat !

"Eh, kereta abah pulak jadi mangsa kau Iera ?! Ish.. hmm.. yela , tapi jangan lupa isi minyak tu balik isi full taw . no half..half..!"perintah abah.

"Baik big boss! Thanks abah . Love you !" ucap Iera lalu mengambil kunci kereta milik abahnya dan apalagi dia terus memcut laju ke sebuah syarikat untuk di temuduga. 

Hotel Impiana ! Ya. Disitulah tempat yang dia akan di temuduga sebagai penolong pengurus hotel . Dahulunya Iera pernah bekerja sebagai pengurus hotel di Ipoh,Perak. Akan tetapi, dia berhenti kerja kerana sering diganggu oleh anak tauke hotel tersebut. Siapa tahan beb, kalau selalu kena kacau! Apalagi Iera ni tanpa segan dan silunya dia telah memberi satu tonjokan kepada anak tauke hotel tersebut .Oleh sebab itu , dia telah mengahantar notis berhenti kerja 24 jam ! 

"Inilah tempatnya.. okay,  aku dah sedia. Err.. maaf cik saya Nur Iman Syaziera Bt Amran. Saya dipanggil..." kata Iera .
"Ohh.. Cik Iman Syaziera.. Cik Iman dah ditunggu di ruang Pengarah hotel. Kenapa Cik Iman lambat datang? Sesat ke?" pintas penyambut tetamu yang bertudung pink itu. 
Ramah betul Cik Bella ini patutla kerja sebagai penyambut tetamu. hehehe. Kata Iera didalam hati. Sempat pula dia kerling kearah name tag penyambut tetamu itu.

"Err.. Cik Bella boleh panggil saya Iera je okay," kata Iera dengan senyuman yang menawan. 

"Ohh.. baiklah Cik Iera .Err.. Cik Iera tunggu disini sebentar ye . Saya nak maklumkan kepada Encik Hafiz yang Cik Iera dah sampai." kata Bella.

Iera hanya mengangguk faham. "Ohh.. nama majikan aku tu Hafiz. Tapi .. Hafiz..?? Err.. macam aku kenal je Hafiz tu. Ehh.. Hafiz lain kot .Lagipun bukan dia sorang je nama Hafiz kat dunia ni" Monolog Iera sendiri di dalam hati.

"Cik Iera . Encik Hafiz suruh Cik Iera masuk ke ruangan dia sekarang" beritahu Cik Bella.

"Ohh.. baiklah dimana ruangan Encik Hafiz ye? dan garang tak Encik Hafiz tu ?" tanya Iera dengan muka kebingungan.

"Ohh.. Cik Iera terus kemudian belok ke kanan dan bilik Encik Hafiz di sebelah kiri. Cik Iera jangan risau Encik Hafiz baik orangnya." beritahu Bella dengan tangan menunjuk arahnya.

"Okay . Terima kasih ye Cik Bella. Wish me luck okay!" kata Iera dengan muka yang terserlah kerisauannya.

Setelah pintu diketuk terdengan suara daripada dalam.
"Yes. Please, come in" suara lelaki itu.

Dengan berbekalkan keyakinan dan kekuatan Iera memulas tombol pintu itu kemudian menguak pintu yang tertulis Pengarah Hotel. Dan tiba-tiba..

"OMG ! Izzad Hafiz ni bos aku rupanya. Alamak, macam manaaku tak tahu dia kerja kat sini. Aku ada pilihan ke ni, A,Aku masuk dan tersengih macam kerang busuk. B,aku masuk dan buat tak tahu. ataupun C, lari ! apa pilihannya.? alahai..." gumam Iera sendiri.

"Awak tercegat dekat situ lagi kenapa? Masuk dan duduk dekat situ." arah Encik Hafiz.

Nampaknya Izzad dah bagi pilihan pada kau Iera. Nah.. hambik kau. ha.ha.ha. kata hati jahat Iera.

"Err.. baiklah tuan. Errr.. tuan, ini resume saya." kata Iera dengan hati yang sangat gundah gulana.

Izzad Hafiz melihat bekas kekasihnya Nur Iman Syaziera masih cantik seperti dahulu. Dia amat merindui senyuman Iera yang terpampang lesung pipit disebelah kanan itu. Ahh. cantiknya dia sekarang ni. Makin comel Nur Iman Syaziera dihati Izzad Hafiz. 

Iera melihat lelaki itu dengan tersipu-sipu malu. Lelaki itu juga memakai baju kemeja bewarna biru muda dan bertai putih . Ahh..makin handsome pulak mamat ni.  Eh.. Iera, fokus..fokus.. kau datang nak kerja bukannya nak bercinta dengan EX's kau ni. Dia cuma masa lalu kau sahaja. Tapi, dia ni asyik tengok aku ja.. nak amik aku kerja ke tak ni. Tengok aku,lepas tu senyum-senyum pulak ish..dia ni nak ngorat aku lagi ke? haish.. kalau macam ni boleh cair aku.. parah betul dia ni. Ish.. Tenung aku lama-lama kang ada yang berbenjol di dahi pulak kang. Dengan selamba badaknya, Iera menepuk kedua-dua tangannya bagi menyedarkan Izzad Hafiz yang asyik merenungnya.

"Encik.. saya ni dah diterima ke? Encik tenung-tenung saya ni macam saya ni tak layak je? Macam mana ni Encik? Terima atau tak? kata Iera dengan selamba badaknya. Lagaknya macam tak kenal dengan si Izzad ni pulak. Ish..ish.. Iera..Iera..

Izzad tersedar dan kemudian tersenyum dengan soalan yang diajukan oleh Iera. Dia melihat Iera masih tidak berubah dengan perangai selambanya itu.

"Baiklah Cik Nur Iman Syaziera. Awak diterima bekerja disini dengan jawatan penolong pengurus hotel ini. Awak boleh mula bekerja mulai esok dan jangan lewat macam tadi,okay?" kata Izzad sambil tersenyum kepada Iera.

Ahh.. manisnya senyuman tu.. Ehh.. kau datang nak kerja la Iera. Fokus..Fokus.
"Ohh.. yeke? Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak Encik Izzad Hafiz. Okay, esok saya tak lewat lagi. Sekali lagi terima kasih." sambut Iera dengan muka yang penuh kegembiraan itu,terserlah lesung pipitnya.

'Aduhh.. comelnya dia' gumam Izzad sendirian.

"Err.. baiklah Encik Hafiz. Saya balik dulu la ye. Temuduga ni dah habiskan? Boleh  la saya balik sekarang kan? kata Iera.

"Err.. Iera.. awak.. err... tak apalah Ermm..baiklah. Awak dah boleh balik sekarang. Esok jangan lupa datang awal" kata Izzad dengan teragak-agak.

"Err,,okay Encik Hafiz jangan risau esok pagi-pagi lagi saya datang. Okay ?! Saya balik dulu la ye. Assalamualaikum" kata Iera kemudian berlalu pergi.

"Waalaikumsalam." jawab Izzad dengan anak matanya melihat Iera berlalu pergi dari ruangannya itu.

Esok dia akan berjumpa dengan gadis yang bernama Nur Iman Syaziera itu lagi..

*akan bersambung......*



xoxo~
ⒾⒺⓎⒻⒶ_ⓈⒸⒽⒶ



suka entry ni tak budak cute?!

Sunday, December 16, 2012

OMG ! AWAK ?! part 1


Malam yang dingin, disamping hujan turun membasahi bumi . lagu-lagu jiwang di radio karat sentiasa menemani ku . ahh.. bagusnya kalau dapat berbalas -balas mesej dengan orang tersayang dan mendengar suaranya . indahnya ! here my story begin !

Dengan hanya meminjam kereta milik abahku dan sudah bersiap dengan hanya memakai seluar jeans ,berblaus putih dan bertudung hitam . ahh. ayunya ! ok..ok.. aku perasan sekarang . Aku terus memecut laju ke QueensBay mall , Pulau Pinang untuk berjalan-jalan dan membeli sedikit barang . Barang apa la yang kau nak beli ni    Iera !  Jalan berseorangan bukan sesuatu perkara yang asing bagiku , sudah kerap kali aku keluar seorang diri tanpa berteman . Aku terlihat sehelai blaus berwarna biru turquoise , wow , cantiknya ! Aku membeli blaus itu , dan ketika sudah selesai membuat bayaran ,dan ketika mula melangkah , tiba-tiba terdapat 2 orang melanggar aku dan aku pun DUSHH!! jatuh ke lantai . Aduhh ! sakitnya.. siku aku disebelah kiri sudah terluka . Ish.. siapalah yang langgar aku ni .. bukannya nak angkat aku ke ..minta maaf ke.. ni tak boleh tercegat je dekat situ . ish.. gumam aku sendirian.

"Hei,jalan tu lain kali tengok depan . Ada mata tu gunala !" suara perempuan yang melanggar aku tadi . "Awak , dah la tu ,kesian dia dah jatuh " suara lelaki kedengaran . 
Pada firasat aku mereka ni mungkin pasangan kekasih , tapi perempuan tu kerek la . Dia ingat dengan memakai gaun paras lutut yang berwarna hitam itu dia dah cukup lawa.. hei.. aku lagi lawa laa. perempuan gedik ! Ish , nak je aku kasi ceramah free kat perempuan kerek ni. 

"Ewah, sesedap rasa hang ja nak kata noh . Hang yang langgaq aku dulu nak main salah-salah dengan aku pulak , aku debik kang naya ja.. Woi cik kak , kalau ya pun nak bercinta pandang la orang sama ni tak , tak pasai-pasai siku aku jadi mangsa kekejaman hangpa !" kata aku sambil bangun dan melihat luka di siku ku .Tudia longhat utara keluaq dah !

Tiba-tiba suara lelaki itu berkata "Eh , ni Iera kan ?" 

Haa sudah ..siapa pulak ni.? aku memandang lelaki tadi dan berkata "OMG ! awak!"

Perempuan tadi kelihatan sudah kebingungan , "Awak kenal perempuan ni ? Dia siapa ? katanya dengan melunakkan suara yang sangat manja . 

Eii.. geramnya nak je aku bagi tahu yang aku ni girlfriend dia . Ehh..terlupa pulak..ex-girlfriend . 

"Errr..ni kawan saya la awak , kawan sekelas dulu . Hai Iera !" kata lelaki tadi .

"Hai Izzad ! Awek baru ke ni ? Lawa ! hehe." kata aku dengan senyuman yang tak ikhlas ! Dan sakit di siku !

"Err...kenalkan ini Fira . Fira, ni Iera kawan saya ." kata Izzad dengan teragak-agak.

"Oh , kawan . Ingat girlfriend lama tadi " kata si perempuan kerek itu .
Cis, dah la langgar aku, buat kerek pulak tu. si Izzad ni pun satu menipu . Ish.. memang nak kena debik dengan aku, tapi itu cuma terlintas dihati saja . 

"Ehem.. kami ni kawan saja . Ok laa Izzad . Saya nak gerak dulu . Nanti kita jumpa lagi la ye " kata aku sambil kaki hendak melangkah pergi . 

"Eh . Iera ! Tunggu la dulu . jom la kita pergi minum-minum, kan dah lama tak jumpa sejak kita... err.. jom laa.." kata Izzad sambil mengusap belakang lehernya .

"Sejak apa awak? awak ni..." kata perempuan kerek dengan muka yang agak tak puas hati .

Hahaha.. apasal tak cakap je..cakap laa.. aku nak dengar.. sejak apa..?? biar perempuan kerek tu tahu siapa aku dulu.. ha.ha.ha. jahat tak aku ni? 

"Eh, tak pelah . Saya dah nak gerak ni nanti kita jumpa lagi la ye. Ok ! Bye !" kataku sambil melambai dan berlalu. ish.. mulut dan otak aku ni memang tak boleh bersatu betul . 

"Err.. bye Iera ! jumpa..la..gii.. hmmm.." kata Izzad sambil mengeluh .
Fira hanya memandang dengan Izzad muka yang tidak puas hati...


*Akan bersambung.......*



xoxo~
ⒾⒺⓎⒻⒶ_ⓈⒸⒽⒶ




suka entry ni tak budak cute?!

Friday, December 14, 2012

here we are .



here we are .our photoshoot . photoshoot ke? ahaks ! boleh la.. semua gambar ni diambil sebelum my bestiest friend hajar pindah . so all this credit to our younger photographer hazeem hezry gambar yang diambil semua cantik and awesome u ouls . *hehe*





gambar-gambar semua ni merupakan memori aku dah classmate aku . walaupun berapa kerat je yang datang  sebab classmate aku yang lain sibuk bekerja cuma kami je yang belum bekerja . 

p/s : our past memories so awesome and so adoreable !



xöxö
ⒾⒺⓎⒻⒶ_ⓈⒸⒽⒶ




suka entry ni tak budak cute?!