Friday, April 13, 2012

lara hati berlagu pilu .



muka ikan buntal yang comel gitu . mata yang bulat . bergembira berenang di dalam laut yang tenang dan cantik . fuhh.. bestnyaa..

apa kena mengena ikan dengan entry aku kali ni . hemm.. malam yang sepi , tiada peneman, jeling di twittline no hot story , pandang fb jugak sayu , hanya lagu -lagu jiwang karat yang berkumandang di youtube meruntun hati yang lara . ohh ayat bikin semua orang muntah ler.


suatu pagi yang indah , cahaya matahari yang bersinar-sinar , begitu juga hati aku yang sangat gembira akan kejayaan meraih tempat kedua dalam pertandingan debat peringkat daerah . walaupun tempat kedua aku dan pasukan aku dah cukup berbangga kerana ini kali pertama pasukan debat sekolah aku dapat masuk final . syukur . 


kawan-kawan sekelas sangat berbangga akan kejayaan pasukan debat sekolah . aku pun sangat gembira kerana dapat memecah rekod sekolah dan dapat mencapai target sekolah . fuhh.. perasaan hanya ALLAH saja yang tahu . 


tapi . ada beberapa kawan aku . yang boleh dikatakan sangat baik. ya sangat baik dan akrab . sentiasa bersama . macam iklan digi. tau kan . ahaks ! tapi hari tu diorang langsung tak tanya akan kejayaan aku . "ok tak apa" kata hati aku .


aku dapat rasa diorang ni macam tak seronok atas kejayaan aku . "woi , tak sokong kawan betul la korang ni " runtun hatiku..


sebelum ini . 2 minggu sebelum pertandingan diorang ada buat study group dan belajar kereta dengan salah seorang kawan aku . kalau tak nak ajak aku bawa kereta aku tak hairan la , sebab aku dah boleh bawa kereta sejak aku tingkatan 4 lagi . tapi bab study ni langsung tak jemput aku , huh ."ini yang bikin gua panas ni , cepuk kang haa" getus hati aku .


tapi aku cuba sedapkan hati aku dengan berkata "mungkin diorang tak nak ganggu aku sebab pertandingan dah nak dekat , hmm.. okay laa.." 


tapi setelah pertandingan selesai , aku menjadi sesangat hairan tahap gaban wa cakap lu , diorang langsung tak endahkan aku . "ish budak ni aku cepuk kang baru ada akai kot " geram aku bermonolog. 


setelah itu aku mengambil keputusan untuk berdiam dan menjauhkan diri aku dari diorang . gertak hati aku mungkin diaorang sedar akan kesalahan diorang , tetapi hampeh , alih-alih aku yang kena balik sebab diorang kata itu salah aku . "hoi, korang yang tak endahkan aku , aku pulak yang dipersalahkan huh nak merajuk 2 minit la " rajuk hati aku .


aku tak nak keruhkan keadaan macam air sungai yang tercemar . baik aku yang minta maaf walaupun aku sedar itu bukan salah aku . bukan . tapi bila dah minta maaf tak ada pun kata 'ok kami maafkan kau !' dari mulut diaorang . 


sehingga kini hubungan kami masih baik cuma salah seorang kawan aku ni yang emo terlebih, dengan aku pun dia tak berapa nak cakap , kalau cakap pun hanya sepatah dua . aku malas tergedik-gedik cakap dengan dia ni . "apahal kau minah , kalau gaduh dengan boyfren pun jangan nak leas kat aku . aku bukan boyfren kau . ngeks " getus hati aku . 


anyway , sampai sekrang aku terikir adakah aku yang bersalah ? sama-sama kita fikirkan . 
to my friends : kalau aku ada salah dengan hampa, aku minta maaf noh !


ok sampai sini sahaja . assalamualikum . 
smile yo !




suka entry ni tak budak cute?!

No comments: